KACIP fatimah sering dikaitkan penggunaannya dengan mereka
yang sudah berkelamin dan dipercayai khasiatnya membantu berikan tenaga kepada
penggunanya.
Bagaimanapun, hasil penyelidikan sekumpulan penyelidik Pusat
Pengajian Sains Farmasi (PPSF), Universiti Sains Malaysia (USM) membuktikan
kegunaan kacip fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumila bukan sekadar itu.
Ia berpotensi merencat penghasilan lemak dalam badan.
Produk dikenali sebagai Labeesity menggunakan formulasi nano
terpiawai daripada herba kacip fatimah itu berfungsi membantu proses pengawalan
berat badan dengan cara mengekang pengumpulan lemak dalam badan.
Hasil inovasi itu dicipta pasukan yang diketuai Profesor
Zhari Ismail. Penyelidikan dua tahun itu dibantu pelajar ijazah kedoktoran
(PhD) dan ijazah sarjana tinggi, Dr Beh Hooi Kheng, Gheniya Ghaffar, Abdul
Hakeem Memin, Mohammed Ali Ahmed Saeed, Mohd Shahrul Ridzuan Hamil dan Suzana
Hashim.
Menurut Zhari, idea untuk mencipta kapsul herba kacip
fatimah terdetik berikutan mahu membantu menangani masalah global - obesiti.
Obesiti boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular
seperti sakit jantung, strok, diabetes dan kanser.
Sehubungan itu, dengan bantuan geran penyelidikan
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani hampir setengah juta ringgit, pada
2012, pasukan penyelidik ini berjaya mencipta kapsul herba anti obesiti
daripada ekstrak kacip fatimah.
Menurut Zhari, Labeesity dihasilkan dalam bentuk kapsul
menggunakan ekstrak kacip fatimah 100 peratus. Golongan lelaki juga boleh
mengambilnya untuk menjaga kesejahteraan tubuh badan.
“Prototaip Labeesity menggunakan perumusan ekstrak terpiawai
nano daripada kacip fatimah pada dos 250 miligram/kilogram. Ia menunjukkan
pengurangan ketara dalam peratusan berat badan, indeks jisim tubuh (BMI) dan
lemak viscera ketika diuji ke atas tikus dirawat berbanding kawalan diet tinggi
lemak (HFD).
“Labeesity turut melalui pemiawaian secara kualitatif dan
kuantitatif selain menepati pemiawaian pembangunan ubat-ubatan herba yang
konsisten dari aspek biologi dan profil kimia serta kawalan kualiti dalam
pengeluaran dan pembuatan.
“Labeesity juga selamat untuk digunakan sebagai suplemen dan
ia telah diproses mengikut garis panduan yang terdapat dalam Malaysian Standard
bagi memastikan keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat-ubatan herba,”
katanya.
Zhari berkata, sebuah syarikat tempatan telah menandatangani
memorandum persefahaman untuk memasarkan produk ini dan mereka jangkakan antara
satu hingga dua bulan untuk mengkomersialkannya.
Inovasi ini memenangi anugerah emas Pertandingan Technology
Expo (MTE) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Februari lalu.
sumber berita: baca disini
![]() | |
produk kacip fatimah yang pertama & satu-satunya untuk pengurusa berat badan |
untuk berurusan niaga sila hubungi
+6012.3942720 (Whatsapp)
No comments:
Post a Comment